Ha.. Anda belum memiliki rumah lagi, dah lama duk tilik buka laman web sana sini nak tahu cara beli rumah pertama menggunakan SJKP loan. Stay dekat sini dulu dan baca sampai habis, ini akan membantu anda dalam pemilihan rumah pertama anda.

5 Cara Membeli Rumah Pertama Menggunakan SJKP Loan.

Jom saya kongsikan beberapa tips dan cara anda nak memohon Pinjaman melalui Pakej SJKP.

Semak Kelayakan dan Syarat SJKP

Untuk Individu yang tiada slip gaji

Untuk individu yang tiada slip gaji atau senang cakap anda bekerja sendiri, contoh usahawan, peniaga kecil, rider, petani dan lain-lain. Anda yang amat beruntung sebab anda boleh memiliki rumah menggunakan Pinjaman Perumahan SJKP( Skim Jaminan Kredit Perumahan).

Namun, ini tidak bermakna yang ade slip gaji tak layak. Anda pom masih layak memohon Pinjaman SJKP.

Warganegara Malaysia umur 18 tahun keatas

Anda Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dah layak memohon. Namun, anda perlu juga ada pendapatan untuk melayakkan anda memohon pinjaman dengan bank.

Pembelian Rumah Pertama Sahaja

Pemohonan pinjaman SJKP hanya untuk pembelian rumah pertama sahaja. Kalau anda dah ade rumah, atau dah buat pinjaman perumahan sebelum ini anda TAK LAYAK memohon pinjaman SJKP.

Harga Rumah Sehingga RM 500,000

Pinjaman SJKP untuk membeli hartanah jenis rumah sehingga RM 500,000 dan ia bergantung pada bank.

Pilih Panel Bank SJKP

Bank yang memberi pinjaman SKJP

Antara Bank yang memberi pinjaman SJKP adalah BSN, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, RHB Bank dan lain-lain bank.

Syarat-syarat bank

Setiap bank ade syarat2 yang berbeza mengikut negeri. Sebagai contoh RHB Bank tidak memberi pinjaman SJKP untuk rumah berstatus Rizab Melayu di Kelantan.

Pilih Bank yang Flexible dalam memberi Loan

Pemilihan Bank penting untuk memudahkan urusan pinjaman SJKP anda.

Sediakan Dokumen Pendapatan

Penyata Bank 6 Bulan

Untuk menunjukkan bukti cash flow duit keluar masuk syarikat atau akaun anda.

Rekod Jualan

Anda yang bekerja dalam bidang sales perlu menunjukkan rekod jualan anda contohnya rider grab, foodpanda, shopee dan lain2

Surat Pengesahan Pendapatan

Lesen Perniagaan / SSM

Anda perlu memiliki lesan perniagaan SSM sekurang-kurangnya 2 tahun.

Cari Rumah yang sesuai untuk anda

Lokasi

Pastikan lokasi yang strategik berdekatan dengan kemudahan berdekatan seperti sekolah, hospital, bandar dan lain2. Perlu juga berdekatan dengan tempat kerja anda.

Elakkan Rumah yang Bermasalah

Elakkan rumah yang bermasalah seperti kawasan banjir, jauh dari jiran2, atau membeli rumah yang kos baik pulih tinggi.  Keselamatan antara faktor memilih rumah yang baik. Utamakan ciri2 keselamatan dalam pemilihan rumah dan ini untuk keselesaan anda dan keluarga.

SJKP Cover 100% Loan dan tidak memerlukan Deposit

Anda tidak perlu membayar deposit untuk pembelian rumah melalui SJKP namun anda perlu membayar kos booking atau Earnest Deposit dalam pembelian rumah. Booking bergantung pada pemaju, Kontraktor atau pemilik rumah.

Urus Kos Sampingan dan Guaman

Walaupun 100% masih ade kos

Yuran Perjanjian, Insurans dan Kos Valuation tidak termasuk dan perlu ditambah didalam pinjaman

About the Author

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>